Wednesday, July 7, 2010

LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) adalah sebuah badan berkanun di bawah
Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia yang bertanggungjawab
memajukan pergerakan Pertubuhan Peladang di seluruh negara mempelawa
warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup
iklan dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan serta berkelayakan dan
bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan-jawatan berikut:

PEMBANTU TEKNIK

1. (A) Jawatan : Pembantu Teknik
(B) Gred Jawatan : J29
(C) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(D) Taraf Jawatan : Tetap
(E) Gred Gaji : P1T1 RM1549.40-P1T21RM3046.80
P2T1 RM1620.49-P2T21RM3241.91
P3T1 RM1694.60-P3T21RM3430.90

Bidang Tugas
Melaksanakan dan mengurus tugas-tugas melaksanakan projek-projek
Kejenteraan Ladang di pusat-pusat Kejenteraan Ladang Pertubuhan Peladang.
Syarat-syarat Lantikan
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan;
(c) diploma dalam bidang kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan
pertanian atau kejuruteraan mekatronik yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J29: P1T2);
dan (d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
2. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Juruteknik dan adalah
layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk
kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pembantu Teknik Gred J29,
tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam
perkhidmatan dan:-
(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.



PEMBANTU EHWAL EKONOMI

(A) Jawatan : Pembantu Ehwal Ekonomi
(B) Gred Jawatan : E17
(C) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(D) Taraf Jawatan : Tetap
(E) Gred Gaji : P1T1 RM821.89- P1T24 RM2152.86
P2T1 RM873.32- P2T24 RM2274.01
P3T1 RM926.26- P3T24 RM2399.46
Bidang Tugas:
Membantu Pengurusan Pertubuhan Peladang, mengurus dan mentadbir
Pertubuhan Peladang Kawasan dalam pelaksanaan projek-projek ekonomi,
perniagaan, keahlian, kredit dan hal ehwal sosial Pertubuhan Peladang.
Syarat-Syarat Lantikan
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan;
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) Sijil Institut Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E17 : P1T8);
dan (d) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian
Lisan ) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(e) Keutamaan bagi calon yang mempunyai Sijil Institut Pertanian
(SIP).

TEMPOH PERCUBAAN
Semua lantikan ke jawatan seperti di atas dikehendaki melalui tempoh
percubaan antara 1 hingga 3 tahun dan boleh disahkan dalam perkhidmatan
setelah lulus peperiksaan dan syarat-syarat lain yang ditetapkan dalam skim
perkhidmatan jawatan berkenaan.

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah menggunakan ‘Borang Permohonan Pekerjaan’ yang
boleh didapati di laman web LPP mulai (30 Jun 2010 Rabu) dan disertakan
salinan sijil-sijil akademik/transkrip, kad pengenalan (yang disahkan), penama
untuk rujukan serta sekeping gambar berukuran passport dan menulis nama
jawatan yang dipohon di sebelah atas penjuru kiri sampul surat.
Permohonan dihantar terus kepada:
KETUA PENGARAH
LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG
BLOK C UTARA, PUSAT BANDAR DAMANSARA
KARUNG BERKUNCI 11005
50990 KUALA LUMPUR
(u/p: Bahagian Khidmat Pengurusan)

Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan jabatan dan agensi
kerajaan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing selaras dengan
peruntukan perkara peraturan 17, Peraturan-peraturan Pegawai Awam
(Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penempatan Perkhidmatan) 2005. Hanya
calon yang berjaya dalam tapisan senarai pendek sahaja yang akan dipanggil
untuk ditemuduga. Permohonan yang TIDAK DIHUBUNGI dalam tempoh tiga bulan
dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya. Tarikh tutup permohonan
adalah pada 14 Julai 2010 (Rabu).

SEBARANG KETERANGAN DAN BORANG PERMOHONAN SILA KLIK DI SINI

No comments:

Post a Comment